Campingg

 
 
  And hai peeps :D 31st untill 2nd Sha pergi camp dekat Taman Negara, Teluk Bahang, Pulau Pinang. Actually last minute bagi nama. Punya laa pujuk teacher Fariza hari selasa haritu. Nasib laa tcher baik. Dia potong nama sapa yg takpi perjumpaan. Hihi. Rabu, 31hb pagi tu pi sekolah macam biasaa. Pakai baju macam nak hiking siapp. Lepas baca yassin tuu PKHEM and Pn AZLIN marah-marah sbb pakai tak seragam. Takpayah aeh stai macam tuu ;P Dalam pukul 9 kami bertolakk. Ingatkan dalam bas bule laa tido. Tengok-tengok Tok Ayah suruh belajar ikatan tali. Dalam masa dua jam dia nak tengok 10 ikatan. Ohmygod ! Haha. Kami pon pulun laa belajar. Lebih kurang pukul 10pagi berhenti dekat R&R Gurun untuk minum-minum and isi perut sikit. After half an hour sambung journey balikk. 

  Pukul 11.30 pagi kami sampai di Taman Negara. Makan tengah hari dekat situ. Dap kot nasi yg Tok Ayah bagi tuu. Rest and solat apa semua sampai pukul 2. Before hiking, kami warming up duluu. At first memang excited aa hikingg. Lepas 5 minit, semua mengeluh and macam nak patah balik jaa. Yalah, kena naik tangga and curam gila kot. After 2 hour hiking, akhirnya kami sampai di Kerachut Islandd. Time nak sampai tuu dengar ombak baru rasa duniaaa. Hahaha XD Bila semua dah smpai, rehat satt and then cool down. Lepas tu terus kena pasang khemahh. Malang gila air hujan masuk dalam khemah. Basah jgak laa beg kami. Haha. Hujan lebat and khemah kami masuk air banyak sangat dah. Panggil abg2 fesi mntk tlg. Dalam hujan depa tlg coverkan khemah kami. Depa smua pakat-pakat basah lencun. Haha

  Next day, bangun solat subuh. Pagi tu kami masak untuk brekfast. Habis goreng cucur, kaki Sha kena minyak panas. Mana sakit ponn. First time kot kena dgn minyak tu mmg tengah panas. Part yang paling terharu bila semua care pasai Sha even tengah busyy. Kak Na and Dek Da cari ubat laa, minyak. Tolong sapu apa lagi. Lina tolong suapkan aku makan :') Terharu dengan depa semuaa. Lepas makan, depa buat game sikit. Main "hutan darab", galah panjang. But Sha takmain. Just tengok ja and dok dengan Tok ayah :D Depa kata, Sha saja nak manja dengan Tok Ayah. Haha. Memang pon ;P Selisih ja dengan Daddy or abg2 tuu semua pakat tanya pasal kaki. Hehe. Petang tuu, kami pi tengok penyuu. Comel gila. Hee. Siap bule pegang lagii. Alhamdulillah rezeki kami dapat lepaskan penyu lebih kurang 80 ekor. Malam tuu kami setiap kumpulan kena buat show. Abang Jad ajar main game, tepuk apa semua. Enjoyy ;D 

  Pagi jumaat, before pukul 9 kami dah kena siap makan, turunkan khemah. Kena get ready nak balik. Memang laa rasa best nak balik but terasa berat jugak nak tinggalkan tempat tuu. Macam-macam kami buat dekat sana, belajar benda baru. Kena hiking balikk. Kali ni 1 hour and 45 minutes jaa. Sampai ja bawah, Tok Ayah panggil dok sebelah dia. Hihi. Sayang Tok Ayah ni, jgn buat main ;P Dalam pukul 12.30 bas sampaii. Naik ja bas pakat semua tido keletihan. Singgah dekat tesco mana tah. Turun makann tengah hari and then balik Alor Star :)  Alhamdulillah kami selamat pergi and balik. 


Semua yang terdapat di dalam blog ini adalah Hak Milik Shasha Natasha